Kami merupakan pasukan yang berkomitmen tinggi, berpengalaman lebih 20 tahun menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai nilai-nilai kami dan misi yang menjadi panduan utama dalam usaha kami.
Tuan Haji Mohd Khurulanuar Bin Mhamad Noor merupakan seorang usahawan melayu yang telah melopori bidang perniagaan barang kemas selama lebih 20 tahun. Beliau dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1978. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang ini dengan bekerja sambilan sebagai tukang emas semasa beliau masih menuntut di universiti. Minat dalam bidang perniagaan sangat mendalam, beliau menjalankan bermacam-macam jenis perniagaan dan mendapati perniagaan emas ini sebati dengan diri beliau. Beliau juga menceburi bidang penternakan, pemakanan dan hartanah.
KOPERASI EKSKLUSIF EMAS ANUAR BERHAD (KEMASA) ditubuhkan oleh Pengurusan Kumpulan Emas Anuar (KEA) untuk meningkatkan taraf ekonomi para pekerjanya. KEMASA mempunyai seramai 380 orang ahli.
KEA terdiri daripada 4 buah syarikat yang menjalankan perniagaan barang kemas dengan pengalaman lebih 20 tahun. KEA mempunyai 22 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan pengalaman luas beliau, KEA melalui KEMASA ingin berkongsi peluang dengan mana-mana individu atau organisasi yang berminat.
MENJADI SEBUAH KOPERASI EMAS TERULUNG DI MALAYSIA
MENGUBAH TARAF HIDUP DAN EKONOMI AHLI-AHLI KOPERASI
BERTERASKAN MATLAMAT DALAM MENJANA EKONOMI AHLI SERTA MASYARAKAT MALAYSIA